Petua orang lama2
- Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh)
Hendaklah dibacakan
Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam
Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan
diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.
Petua yang paling
mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung
(seperti sebelum kita berwuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan
hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai
kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini
setiap kali setelah sampai ke suatu destinasi, baik ke pejabat,
bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya
sungguh menakjubkan.
- Melicinkan dan Memerahkan Kulit Muka
Ambil sebiji buah
tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka.
Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan
seminggu 2/3 kali.
Ambil tepung ubi kayu
dan mentimun. Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu
atau dilumatkan. Kemudian campurkan kedua-duanya dengan air sedikit.
Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepas itu, sapukan ke muka dan
biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan
kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita
segar.
Perahkan sedikit air
limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama
beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging
tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu
akan beransur pulih.
Wanita yang inginkan
wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan
di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan
sapukan air itu ke muka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat
mencuba.
Buah tomato dikisar
halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada
waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air
suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan
kulit.
Potongkan limau
kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu
bersama airnya. Amalkan selalu. Badan Ringan Dan Bertenaga Minum air
rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam.
Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan
menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita,
amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.
Ambil secekak kangkung
dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas
kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh
rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih.
Lakukan selama dua minggu.
Parut sebatang lobak
merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung
jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan
kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.
Ambil daun lidah buaya
Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata Amalkan selalu
hingga bulu mata semakin lentik Menghilangkan Parut Ambil sedikit asam
jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair.
Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering.
Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia
amat berkesan utk menghilangkan parut.
Ambil daun bunga raya
yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan
dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan
sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala lebih kurang 10
minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua
kali seminggu.
Semasa berdandan di
waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raup ke muka
berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf..
Amalkan setiap pagi. Merawat Senggugut Ambil segenggam halia dan tumbuk
lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah
diminum dgn dimulai dengan selawat. InsyaAllah, senggugut akan hilang.
Ambil sebiji limau
nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan
Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.
Setelah selesai makan,
basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3 kali. Tangan yg
masih basah itu segera disapukan ke seluruh rambut.
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.
Sapukan getah dari
pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu
kepada ketuat dan biarkan ia kering sendiri. Lakukan beberapa kali.
Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.
1) Ambil air limau
nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu disapu pada perut
kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin
(bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut
sahaja, amalkan setiap malam.
2) Asam jawa dan garam
dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya
minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil.
Mengelak perut buncit Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan
air. Minum air setelah selesai makan Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3
jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.
Kalau mahukan wajah
sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk
mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke
wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.
- Menghasilkan Kulit Cantik
Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah dihancurkan .
Senggugut memang
perkara biasa yang dialami oleh wanita . Namun terdapat cara yang senang
untuk mengatasi senggugut . Petua ini saya amalkan dan kesannya memang
menakjubkan berkat izin Allah
1) Campurkan halia
yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama banyak
antara kedua-dua bahan. Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid .Cara nak
telan tu tak kisahlah macam mana pun. Tapi saya gunakan kapsul kosong
lebih kurang 2biji sekali makan. Tapi kenalah cepat menelannya sebelum
ia lembik. Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan
berturut-turut. Ini adalah pengalaman saya.
2) Setelah saya berada
di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua tersebut , tapi saya
amalkan minum air suam. Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat
senggugut.
- Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat
Rebus segenggam biji
kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk
tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah
atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci
sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat
tiada.
- Menyegarkan Mata Gatal dan Letih
Ambil beberapa helai
daun sirih muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas daun sirih muda tersebut
dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya
rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan
hasilnya anda akan merasai perubahannya.
Ambil timun yg telah
dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda
akan berasa kesegarannya selepas itu.
Basuh muka anda dengan
menggunakan air basuhan beras yang ketiga. Bilas dengan air bersih
setelah sepuluh minit. Merawat Panau Ambil sepotong halia, tumbuk lumat
dan tempelkan pada tempat berpanau. InsyaAllah, anda akan melihat
hasilnya.
Ambil beberapa helai
daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisar hingga
hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali
seminggu. Insyaallah anda akan memperoleh rambut lebat, hitam dan
berkilat semula jadi.
- Mengurangkan Air Pada Faraj
Tumbuk hingga halus
pucuk dan buah manjakani dan hati pinang muda. Gaulkan dengan minyak
bijan dan kemudian kukus. Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika
tengah malam.
Setelah solat Subuh,
lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa
memakai kasut (Mandi embun).Geselkan kaki di atas rumput yg masih
berembun.
Dua biji lobak merah
dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air limau
nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga
mencapai berat badan ideal
- Menghilangkan Parut di Kulit
Tumbuk kulit kayu
manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air.. Bancuh
bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian
berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur
hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam
dan jerawat di wajah.
- Mengelak Keguguran Rambut
Ambil lemak ayam dan
masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada
waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.
Amalkan semasa mandi,
gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiap kali lepas mandi,
sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak.
Perahkan air limau
purut/ nipis di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata dan biarkan
beberapa jam Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn
tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk
mengurangkan pening kepala.
Rendamkan kacang hijau
semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala
sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan
tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.
Ambil daun lemuni
(batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. Masukkan ke dalam
sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan
insyaAllah anda akan berasa segar dan ringan kepala.
Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.
1) Ambil 3 sudu besar
serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air
perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu
sebelum sarapan dan sebelum tidur. Menurunkan Berat Badan
2) Sediakan dua biji
limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas
yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas
makan tengah hari atau selepas makan malam.
Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.
1) Amalkan memotong
kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.
Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
2) Sejurus bangun
pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah
anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3
kali. Amalkan setiap hari urutan ini.
Sebelum tidur, tepuk
bantal tiga kali sambil berselawat ke atas Nabi s. a. w. Niat dalam hati
utk bangun pagi Insya-Allah, esok terjaga dengan sendirinya.
Campur bedak sejuk dan
asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat
jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.
- Meluruskan Rambut Kerinting
Perah sebiji kelapa
dan ambil patinya sahaja Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan
pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan
krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya.
Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih.
Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus
sedikit demi sedikit.
Bancuh sedikit asam
jawa bersama air dan sesudu tepung ubi. kacau sehingga ia menjadi
larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia
mengering lebih kurang lima belas minit. Selepas itu barulah dibilas.
Sapukan madu asli pada
bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir
anda akan merah seperti memakai gincu.
- Memutih dan Mengilatkan Gigi
Ambil beberapa helai
daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu
daun kelapa tersebut. Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda
putih berkilat.
Amalkan meminum air kanji (air didih nasi)sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.
Didihkan susu segar
atau pun susu tepung bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan
kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.
- Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin
Rebus beberapa tangkai
daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu
pagi dan malam. Menguatkan Gigi Selepas membuang air besar, anda berdiri
seketika. Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk
urat paha tiga kali .Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan,
cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan
pada dua tapak tangan ke arah muka.
Tumbuk lumat sepuluh
kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan
kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali.
Teh uncang yg telah
digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3
kali seminggu ketika hendak masuk tidur.
- Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung
Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.
Untuk mengelakkan
santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan ,rasa lelangit
kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli,
jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga
kalau tak dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah dgn keadaan
sekeliling. Untuk mengelakkan santau melalui angin, jangan amalkan tidur
bertentangan dengan pintu.
- Meminimumkan Gangguan Semasa Tidur
Biasakan bangun awal
pada waktu pagi kerana boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa
mengantuk pada waktu malam. Lakukan senaman kerana ia menjadikan
seseorang itu cepat letih dan mengantuk. Hilangkan segala masalah dengan
mempraktikkan hobi anda seperti membaca, bermain atau berjenaka dengan
anak dan isteri. Ingatlah Allah sebelum tidur dan bertawakal kepada Nya
setelah kita yakin dengan segala kerja disiang hari itu adalah ibadat.
- Menghilangkan Sakit Kepala
Ambil sebiji bawang
putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi
akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan
bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan
beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan
mengelupas dalam sehari dua.
KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
ReplyDeletedan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4 angka [5453] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA WARSITO,,di no (((085-342-064-735)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 730 JUTA , wassalam.
dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....
Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!
1"Dikejar-kejar hutang
2"Selaluh kalah dalam bermain togel
3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel
4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat
5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..
Solusi yang tepat jangan anda putus asah... KI JAYA WARSITO akan membantu
anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:
butuh angka togel 2D ,3D, 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: KI JAYA WARSITO DI NO: [[[085-342-064-735]]]
ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D
ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/
ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/
ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/
ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND
ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D/
DAN PESUGIHAN TUYUL
KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4 angka [5453] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA WARSITO,,di no (((085-342-064-735)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 730 JUTA , wassalam.
dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....
Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!
1"Dikejar-kejar hutang
2"Selaluh kalah dalam bermain togel
3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel
4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat
5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..
Solusi yang tepat jangan anda putus asah... KI JAYA WARSITO akan membantu
anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:
butuh angka togel 2D ,3D, 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: KI JAYA WARSITO DI NO: [[[085-342-064-735]]]
ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D
ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/
ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/
ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/
ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND
ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D/
DAN PESUGIHAN TUYUL