KANSER HATI (LIVER CANCER)
KANSER HATI ( LIVER CANCER )
< ![endif]–>
Artikel
terdahulu mengenai kanser hati rasanya tidak dapat memberi kefahaman
yang mendalam mengenai kanser hati.Ini mendorong saya untuk menambah
beberapa perkara penting yang saya kumpulkan dari pelbagai sumber untuk
dikongsi bersama.
Sesungguhnya
kanser hati adalah sejenis kanser yang paling tidak memberikan
banyak masa kepada pesakit maupun doktor untuk melengah lengahkan
rawatan berbanding dengan kanser lain yang lebih kompleks contohnya
kanser otak.
Apabila
telah disahkan anda menghidap kanser hati,sesuatu mesti dilakukan dalam
tempuh 1 tahun ( maksima ) untuk anda atau doktor berbuat sesuatu.Kes2
yang sebelum ini yang pernah saya temui adalah kurang dari 6 bulan
sebelum semua kaedah rawatan menemui kegagalan.
Stastistik
WHO pada tahun 2000 merekodkan 564,000 penduduk dunia didiagnos
mempunyai kanser hati demgan 3/4 dari jumlah itu adalah pesakit
dibahagian Asia.
Hati
adalah organ yang terbesar pada tubuh manusia dan purata beratnya
adalah 1.35kg untuk wanita manakala pada lelaki adalah lebih kurang
1.8kg.Ia dikatakan memproses 13 peratus darah dari keseluruhan jumlah
darah yang berada dalam badan pada satu2 masa dan mempunyai sekitar 500
fungsi2 berlainan.
Ia
dibahagikan kepada 2 bahagian yang berlainan saiz dan terletak disisi
kanan rongga perut dibawah diafram abdomen.Darah yang mengandungi zat
dan nutrient yang dicerna dari usus besar dibawa kehati olih pembuluh
utama “ PORTAL VIEN” sementara “HEPATIC ARTERY” pula mengangkut darah yang kaya dengan oksigen dari saluran utama jantung yang dipanggil “AORTA”.
Dari
pembuluh darah utama tadi ia dipecahkan kepada pelbagai saiz saluran
darah didalam hati sehinggalah saiz yang amat seni yang dipanggil
kapilari yang menuju kearah ribuan ( 100,000 )“LOBULUS” yang terdapat dalam hati.Setiap “LOBULUS” pula mewakili sel2 utama hati yang amat seni yang menjadi sumber metabolisma hati.
“HEPATOCYTES”
mewakili 60 peratus sel2 hati yang berfungsi menyerap zat2
makanan,detoks dan menapis bahan2 asing yang merbahaya dalam
darah.Secara ringkasnya fungsi utama hati ialah:
Memproses zat makanan dan menukarkannya dalam bentuk “gylicogen”
yang disimpan dalam hati dan otot.Apabila kita memerlukan tenaga hati
menukarkannya kembali dalam bentuk glucose apabila ada keperluan.
Mengawal tahap lemak,gula dan asid amino dalam darah
Melawan jangkitan dalam badan.
Aktiviti pembersihan darah dari toksid
Menuteralkan dadah dan menghapuskan toksid
Menyimpan zat besi,vitamin dan unsur penting lain yang berguna untuk badan
Menukar zat makanan kepada tenaga
Aktiviti berkaitan beberapa hormon badan termasuk hormon seksual.
Membina
beberapa jenis ezim dan protin untuk kegunaan pelbagai jenis fungsi
badan seperti menghalang pembekuan darah dan membaik pulih sel2 yang
rosak.
Selain kanser atau kehadiran tumor,hati terdedah kepada pelbagai jenis penyakit.Diantaranya ialah
HEPATITIS A
HEPATITIS B
HEPATITIS C
AUTOIMUNE HEPATITIS
CIRRHOSIS
ALCHOHOLIC LIVER DESEASE
GALLSTONE DAN GALLBLADER DISEASE
HAEMOCHROMATOSIS
WILSON’S DISEASE
PRIMARY SCLEROSING CHOLANGITIS
PRIMARY BILIARY CIRRHOSIS.
Kanser hati terbahagi kepada
PRIMARY CANCER juga dikenali dengan nama “hepatocellular carcinoma ( HCC ).Ia
membawa maksud tumor berpunca dari dalam hati akibat dari pelbagai
penyakit seperti tersenarai diatas khususnya yang berkaitan penyakit
hepatitis.
SECONDARY LIVER CANCER juga disebut “metastatic liver cancer”.Ia membawa maksud kanser berhijrah dari organ2 lain yang terlebih dahulu dijangkiti kanser.
Antara penyebab utama kepada kanser hati adalah seperti berikut
Virus Hepatitis C
Hepatitis
C dikatakan berpunca dari pemindahan darah tercemar samaada semasa
pemindahan darah ,organ atau jarum yang digunakan untuk aktiviti2
suntikan.Selain itu ia juga bolih diwarisi dari ibubapa yang terlebih
dahulu mempunyai virus hepatitis C.
Dikatakan
ujian penyaringan pemindahan darah hanya dipraktikkan selepas tahun
1992 apabila penemuan dibuat mengenai keujudan virus hepatitis C yang
ditemui dalam aktiviti2 pemindahan darah.
Bagi mereka yang mempunyai virus hepatitis C risiko untuk terkena kanser hati bergantung kepada faktor2 berikut
1.Keujudan Cirrhosis.Cirrhosis
adalah keadaan dimana apabila hati dijangkiti virus hepatitis ,badan
menghasilkan antibodi yang banyak dan berterusan untuk menentang virus
hepatitis.
Ini
menyebabkan terjadi keradangan pada hati dan dalam jangkamasa panjang
ia mengujudkan kesan2 parut/calar pada dinding hati.Apabila terjadi cirrhosis yang
teruk hati gagal melaksanakan fungsi2 pentingnya seperti menghapuskan
toksid dan aktiviti2 penapisan darah.Kegagalan fungsi ini mendorong hati
terkena kanser atau ditumbuhi tumor.
2.Berumur melebihi 40 tahun
3.Jantina /Lelaki
4.Pengguna alcohol
5.Jangkitan dari virus hepatitis B
Namun terdapat juga keadaan dimana pesakit2 kanser hati yang tidak mempunyai gejala “cirrhosis” dan
para penyelidik mengesyaki ia adalah berpunca dari virus itu sendiri
yang menggangu proses pengantian sel2 hati sehingga menyebabkan
penyalinan sel baru menjadi salah dan seterusnya mengujudkan tumor.
Alkohol
Cirrhosis
juga bolih terjadi berpunca dari pengambilan alkohol yang banyak dan
lama.Satu kronologi menarik mengenai peminum alkohol tegar adalah
mereka yang tidak berhenti minum alkohol mempunyai risiko yang lebih
rendah untuk mendapat kanser hati berbanding mereka yang berhenti
selepas beberapa tahun.
Penyelidik
berpendapat apabila pengambilan alkohol diberhentikan hati berusaha
secara aktif mengantikan sel2nya yang rosak akibat dari pengambilan
alkohol selama bertahun tahun.Dimasa proses inilah berlaku penyalinan
yang salah dan dalam tempoh jangkamasa tertentu penyalinan salah ini
akan menjadi tumor.
Namun
apabila pengambilan alkohol ini tidak diberhentikan ia akan
mengakibatkan penyakit2 berkaitan kegagalan hati tetapi mereka hidup
sepuloh tahun lebih lama dari mereka yang memberhentikan pengambilan
alkohol serta merta.( Pendapat ini tidak disahkan majoriti penyelidik )
Hepatitis B
Hepatitis
B dikenalpasti sebagai punca utama berlaku kanser hati.Ia dikatakan
banyak berpunca dari aktiviti2 berkaitan pemindahan darah,pengkongsian
jarum suntikkan,berus gigi,aktiviti seksual dan mereka yang mempunyai
keturunan menghidap kanser hati.Para penyelidik berpendapat lelaki yang
berumur melebihi 40 tahun yang menghidap hepatits B kronik mempunyai
risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser hati.
Mereka
juga mendapati dari ujian yang dijalankan keatas pesakit kanser
hati,mereka menemui kod2 genetik virus hepatitis B.Ini mencadangkan
virus hepatitis B telah masuk menggangu proses2 berkaitan aktiviti
genetic hati dan mendorong penyalinan yang salah kod2 genetik sel hati.
Ubat sintetik
Pengambilan
sesetengah jenis dadah sintetik secara berpanjangan dengan dos yang
tinggi telah dikenalpasti sebagai punca kegagalan hati yang mendorong
kepada terjadinya kanser hati.Ini tidak terkecuali ubat2 pengawalan
kolestrol dan ubat tahan sakit.Maklumat berkenaan jenis ubat yang
berisiko menyumbang kepada kegagalan hati dan menyebabkan terjadi kanser
hati bolih dirujuk link beriku.
Memahami
penyebab2 diatas secara keseluruhannya, hati terkena kanser kerana
berlaku beberapa perkara yang menyebabkan sistem imun bertindakbalas
sehingga menyebabkan ia menjadi radang dan meninggalkan parut atau “scar” yang dipanggil “cirrhosis”.
Cirrhosis
pula menghalang hati dari melaksanakan salah satu tugasnya yang
terpenting iaitu menyaring dan membuang toksid dari dalam darah.Toksid
atau bendasing ini pada jangkamasa yang lama akan menyebabkan gangguan
kepada replikasi sel hati menyebabkan sel2 hati membelah dalam cara yang
salah sehingga membentuk tumor.
Apa yang dibincangkan diatas adalah merupakan kanser hati yang berbentuk “primary” yakni kanser yang berasal dan ditimbulkan olih beberapa gangguan dalam hati.
Namun
disana ada sejenis lagi penyebab terjadinya kanser hati yang disebabkan
penghijrahan bakteria kanser dari organ2 lain dalam badan yang terlebih
dahulu dijangkiti kanser.Fenomena ini dinamakan “Secondary Liver Cancer”.
Ia
sering disalah anggap sebagai kanser hati.Sedangkan kanser yang
berhijrah dari organ lain dinamakan mengikut tempat asal ia
bermula.Umpamanya kanser hati yang berpunca dari kanser ovary sepatutnya
disebut “metastasic ovary cancer”
Kanser kolon,payudara,ovari,pangkerias,kulit dan paru2 adalah dikenalpasti paling gemar bermestasis ke hati dan menjadi “secondary liver cancer”.Apabila
bakteria kanser ini berhijrah meninggalkan koloninya dari tempat2
terjauh ia akan berenang melalui saluran darah dan seperti yang kita
tahu darah akan dihantar kehati untuk proses penapisan dan rawatan dari
unsur2 asing.
Apabila
ia sampai kehati ia terus menetap disana kerana sumber2 zat permakanan
yang mudah didapati .Sebab lain yang mendorong kecenderungan ini ialah
kerana sel2 kanser yang datang tadi dipersiapkan dengan selaput protin
yang menyebabkan antibodi gagal untuk mengecam dan membunuhnya.
Klik link berikut untuk maklumat tambahan mengenai mestatasis.
Simptom Kanser Hati
Sesuatu
yang amat menakutkan mengenai kanser hati adalah kerana ia tidak
menunjukkan sebarang simptom yang jelas pada peringkat awal ia
bermula.Apabila simptom2 tertentu mula dirasai seperti perubahan pada
warna mata putih ( kekuningan ) atau terdapat benjolan yang menyakitkan
pada abdomen,anda sebenarnya berada pada peringkat 4 kanser hati.
Peringkat
awal kanser hati seringkali ditemui secara tidak sengaja apabila doktor
melakukan rutin2 biasa semasa merawat penyakit lain seperti melakukan
imbasan dan ujian darah.Berikut adalah beberapa jenis simptom yang biasa
terjadi menandakan anda menghidap kanser hati.
Perubahan kepada warna kulit.Warna kulit yang kekuningan menandakan anda ada masaalah berkaitan hati.
Perhatikan bahagian mata putih anda.Mata putih yang ada warna kekuningan juga menunjukkan anda mempunyai masaalah hati.
Kehilangan
berat badan yang mendadak akibat hilang selera makan dan rasa mual yang
berpanjangan.Ini menunjukkan fungsi hati telah terjejas.
Perhatikan pada warna najis yang pucat,masaalah buang air besar.Ini menunjukkan kepada tanda2 awal kepada masaalah hati.
Bengkak
pada bahagian bawah kanan tulang rusuk.Ia akan memberi tekanan kepada
diafram yang akan mengakibatkan kesakitan bila bernafas.
Perhatikan keadaan kuku anda.Kuku yang berwarna putih atau pucat menandakan anda ada masaalah hati
Pendarahan
pada hidung dan mudah terjadi kebengkakkan pada angota badan menandakan
hati anda ada masaalah penyimpanan beberapa protin berkaitan pembekuan
darah dimana ia disimpan dalam hati.
Tanda2 lain ialah kerap muntah
Sakit2 otot
Kerap rasa tertekan dan kepenatan
Walaupun
anda merasakan beberapa simptom diatas adakalanya ia bukan semestinya
merujuk kepada kanser hati namun perlu diingat apa yang lebih merbahaya
ialah menyalah anggap simptom2 tertentu BUKAN berkenaan kanser hati.
Kaedah Diagnosis
Ujian
darah untuk mengesan kanser hati kadangkalanya amat sukar untuk
mendapatkan maklumat yang tepat mengenai kehadiran sel2 kanser
terutamanya yang berkaitan terdapatnya sel kanser dalam hati kecuali
jika ianya telah berada pada peringkat2 tertentu.Kaedah “tumor marker” yakni mengesan kehadiran protin pada tumor adalah yang paling kerap diguna pakai jika ujian darah hendak dilaksanakan.
Sehingga
kini kaedah imbasan pada hati adalah cara yang tepat untuk mengesan
kehadiran kanser atau tumor dalam hati.Apabila doktor mengesyaki sesuatu
perkara yang tidak normal pada hati beliau biasanya mengarahkan ujian “ultra sound” dilakukan.
Kaedah “ultra sound”
pada hati dikatakan amat selamat kerana ia tidak melibatkan penggunaan
radiasi dan suntikkan dadah2 tertentu namun untuk mendapatkan keputusan
yang tepat ia harus dilakukan olih pakar yang berpengalaman.
Kaedah lain ialah penggunaan CT Scan ( computerized axial thomograpahy ).Ia biasa digunakan untuk mendapatkan gambaran yang lebih tepat mengenai tumor dan kedudukkannya dalam hati.
Namun
pada sesetengah keadaan penggunaan yang kerap keatas pesakit akan
menimbulkan gejala2 yang lain umpamanya gangguan kepada fungsi buah
pinggang.
Jika
anda seorang yang mempunyai alahan kepada dadah tertentu,anda wajar
memberitahu doktor anda kerana ct scan melibatkan menyuntik anda dengan
bahan2 tertentu untuk mendapatkan gambaran yang paling jelas keadan
tumor hati.
Adakalanya penggunaan kaedah imbasan MRI ( magnetic resonance imaging )
juga digunakan kerana ia adalah kaedah termaju mesin2 imbasan dan
memberikan beberapa petunjuk tambahan mengenai tumor dalam hati dan
keadaan pembuluh darah yang masuk dan keluar dari hati.
Kelebihan
kaedah MRI ialah ia tidak menggunakan sinaran radiasi dan dengan cara
ini ia bolih digunakan berulang kali tanpa risau kesan sampingannya
terhadap pesakit.
Kesemua
kaedah tersebut bergantung kepada kos kerana kos melaksanakan kaedah
MRI adalah lebih tinggi berbanding kaedah “ultra sound” dan “ct scan”.
Kaedah terakhir yang digunakan untuk diagnos kanser hati ialah melalui ujian “biopsy”
dimana sedikit tisu hati dimbil melalui pembedahan kecil dibahagian
bawah abdomen.Biopsy dapat menentukan jenis tumor yang terdapat dalam
hati samada jenis “benign” atau “malignant”.
Pengredan Kanser Hati
Kaedah pengredan tahap kanser hati biasanya dibuat menggunakan kaedah TNM kerana ianya lebih spesifik dan dapat mengambarkan keadaan sebenar kanser hati.
T – Berapa jauh tumor telah berkembang dalam hati .
N – Adakah tumor telah bermestasis ke tisu bersebelahan
M – Adakah kanser telah bermestasis ke bahagian organ yang lain
Kemudian TNM dipecahkan kepad beberapa gred lagi untuk mengambarkan keadaan tumor
TX – Tumor tidak dapat di akses
T0 – Tiada eviden keujudan tumor
TIS – Carcinoma in situ
T1,T2,T3,T4 – Mengambarkan berkembangnya saiz tumor
NX – Perebakkannya tidak dapat di akses
NO – Tiada mestasis ke lympnode bersebelahan
N1,N2,N3 –Kanser telah bermestasis ke lympnode bersebelahan.
MX – Mestatasis ke luar dari organ tidak dapat diakses
MO – Tiada mestatasis ke organ yang jauh berlaku
M1 - Kanser telah bermestasis ke organ yang jauh.
Kemudian staging berikut digunakan untuk mengambarkan keadaan tumor / kanser hati
T1 – Tumor yang tidak menyerang kedalam saluran darah
T2 - Tumor menyerang kedalam saluran darah atau terdapat lebih dari satu tumor yang berukuran tidak melebihi 5cm
T3 - Terdapat lebih dari satu tumor yang berukuran melebihi 5cm dan telah menyerang salur utama darah atau “hepatic vein”
T4 – Terdapat lebih dari satu tumor yang telah menyerang organ selain hempedu atau merebak ke bahagian “peritoneum” di abdomen.
Seterusnya pengredan tersebut diterjemahkan kepada tahap atau “staging” yang mengambarkan secara lengkap keadaan kanser hati.
Anda perlu merujuk kembali urutan TNM diatas untuk memahami tahap kanser hati secara menyeluruh.
Stage 1 : T1 – NO – MO
Stage 2 :T2 – NO – MO
Stage 3A : T3 – NO – MO
Stage 3B : T4 – NO –MO
Stage 3C : mana2 T – N1 – MO
Stage 4 : mana2 T – mana2 – N – M1
Source:
Kaedah Rawatan Konvensional
Kaedah rawatan konvensional untuk kanser hati bergantung kepada tahap atau stage kanser berada.Seperti yang dinyatakan diatas, apabila kanser hati telah disahkan positif,ia telah pun berada pada tahap 4.
Sesuatu
mesti dilakukan dalam tempoh kurang dari 1 tahun untuk menyelamatkan
pesakit sekurang2nya memberi sedikit masa lagi sebelum kaedah2 lain
dikenalpasti.
Salah
satu masaalah yang dihadapi olih pesakit kanser hati adalah jika tumor
berada berhampiran dengan salur utama pembuluh darah yang masuk ke
hati.Jika tumor merebak kebahagian ini dan menutupi nya mengakibatkan
terjadi “complete blockage”.
Bila ini terjadi pesakit biasanya cuma dapat bertahan kurang dari satu bulan sebelum ianya membawa kepada koma dan kematian.
Ini berlaku akibat dari masaalah yang disebut “acites” dimana
pembuluh darah yang tersumbat akan menyebabkan berlaku tekanan yang
mengakibatkan pecahnya saluran2 darah seni dan berkumpulnya air didalam
abdomen.Baca di link berikut
Hampir2
tiada kaedah rawatan konvensional yang dijumpai dapat membunuh tumor
dalam hati sepenuhnya kerana kaedah pembedahan hampir mustahil untuk
dilakukan kecuali pengantian organ hati yaitu mendapatkan penderma yang
bersesuaian.Itu pun tidak menjamin tumor tidak akan kembali menyerang.
Para pakar kanser hati menyatakan kaedah apa yang dipanggil “liver resection” hanya bolih dilakukan kepada pesakit yang mempunyai saiz tumor kurang dari 3cm,tumor belum menyerang kedalam saluran darah dan tiada cirrhosis ditemui dalam hati.
Secara teorinya hati yang terjejas apabila kaedah “liver resection” ini dilakukan akan tumbuh kembali dalam masa 2 ke 3 minggu namun hati yang ada cirrhosis tidak mampu untuk berbuat demikian.
Purata survival rate untuk “liver resection” ialah s 60% untuk hidup sehingga 5 tahun lagi,Namun peratusan untuk mendapat kembali tumor hati adalah juga sebesar 80%.
Kaedah kimoterapi juga biasa digunakan dalam kes2 kanser hati namun ia juga tidak menjanjikan peratusan kejayaan yang tinggi.
“Doxorubicin”,”5-fluorouracil ( 5 FU )”,”tamoxifin” dan “octreotide” adalah contoh2 dadah kimo yang biasa digunakan untuk kanser hati.Ia diberikan melalui kaedah suntikkan kedalam saluran darah.
Satu
perkara mengenai kanser hati ,kolon dan kanser payudara ialah ia
berupaya membina saluran darahnya sendiri yang digunakan untuk menyerap
nutrien2 dan bermestasis ke bahagian2 organ yang jauh
Dalam menghadapi satuasi ini para doktor biasanya menggunakan dadah jenis “bevacizumab” dan “ “sorafenib”yang dikata dapat menghalang dari satuasi ini berlaku.
Kaedah lain untuk menghalang sel kanser dari membina salurn darahnya sendiri dinamakan “Chemoembolization (trans-arterial chemoembolization” ( TACE).
Cara
ini digunakan dengan meletakkan bahan berat seperti gel,buih atau
bahan2 lain yang menghalang pengaliran darah dari pembuloh utama ke
saluran darah yang memasuki tumor.
Teorinya,
olih kerana bahan berat tersebut tidak dihanyutkan olih darah dalam
saluran utama ia mampu menyekat pengaliran darah ke tumor menyebabkan
tumor terdedah kepada kemusnahan akibat tidak mendapat makanan dan bahan
bakar yang diperlukan untuk operasinya.
“Radiofrequency abliation”
ialah satu kaedah membunuh tumor dengan memanaskanya atau membakar
tumor.Melalui kaedah ini satu elektrod halus dimasukkan melalui abdomen
dengan berbapandukan imbasan MRI .
“External” dan “internal radiation theraphy” juga sering digunakan jika pesakit tidak dapat menjalani pembedahan atas beberapa sebab.”ERT “ digunakan dengn menghalakan sinaran radiasi kearah tumor.Sementara kaedah ( IRT ) pula menggunakan kaedah meletakkan bahan radioaktif berdekatan tumor.
Kaedah
yang terakhir yang akan dicadangkan ialah menghantar “alcohol” kearah
tumor melalui suntikkan terus menggunakan jarum.Alkohol dikatakan mampu
mengeluarkan air dari dalam tumor menyebabkan ia kekeringan dan
mati.Kaedah ini dikenali dengan nama “percutaneous ethanol”.
Namun
demikian kesemua kaedah2 diatas mempunyai kesan2 sampingannya sendiri
walaupun ia berupaya mengecutkan tumor kadangkala menghampiri 70
peratus.Adakala sesetengah kaedah diatas berisiko tinggi memusnahkan
fungsi hati menyebabkan doktor amat berhati hati untuk menggunakannya.
Namun
seperti yang dinyatakan diatas penyakit kanser hati kronik tidak punya
banyak masa untuk doktor berlengah lengah dengan membuat pelbagai ujian
kerana setiap minggu apa2 kaedah
yang dirancang doktor akan tidak dapat dilaksanakan kerana berlaku
perubahan2 baru akibat dari tumbesaran tumor dan komplikasi2 berkaitan
fungsi hati.
Kaedah Rawatan Alternatif
Satu perkara yang perlu diberi perhatian jika anda berhasrat untuk beralih ke kaedah rawatan alternatif ialah melakukannya segera
sebelum tumor menghalang saluran utama darah yang masuk atau keluar
dari hati.Kerana kaedah alternatif berkonsepkan mengecutkan tumor dan
sebelum tumor mengecut ia berhenti membelah.Dan kaedah ini mengambil
masa.
Testimoni
yang saya baca mengenainya ia bolih sahaja mengambil masa dari 5 hingga
ke 1 tahun untuk seseorang itu berada dalam zon “complete remission”.
Satu perkara lagi ialah kaedah rawatan alternatif memberi keutamaan proses detokfikasi hati
sebagai strategi utama menghadapi kanser hati.Tumor terjadi dalam
hati ( selain bermestasis ) adalah kerana kadar toksid yang tinggi
dalam hati samaada serangan virus hepatitis atau gaya permakanan dan
gaya hidup anda.
Juga
akibat pengambilan pelbagai jenis dadah seperti dadah pengawalan
kolestrol,dadah pencair darah dan dadah penahan sakit secara konsisten
untuk satu jangkamasa melebihi 10 tahun.Akibatnya berlaku pengumpulan
toksid yang tinggi dalam hati yang tidak mampu dikeluarkan dari dalam
hati.
Kaedah
alternative memandang ini sebagai satu keperluan untuk mengeluarkan
toksid dari dalam hati dengan membekalkan agen detofikasi untuk hati.
Cara paling asas dan mudah ( minta pandangan doktor dulu
) ialah dengan minum dengan banyak dan kerap air yang bersih bebas
klorin dan mempunyai kadar oksigen yang tinggi untuk proses detokfikasi
ini.
Ada
beberapa terapi alternative yang bolih digunakan bergantung kepada
kondisi pesakit.Perlu ketahui bahawa sesetengah terapi mempunyai “restriction” dengan
penggunaan terapi yang lain.Dan ada juga yang mempunyai sistem diet
yang khusus apabila menggunakan kaedah terapi tertentu.
Protocel
Leaterile B17
Pancreatic Enzyme
Liver detoxfication supplement
Pau D Arco atau Taheebo Life Tea
Cellect Budwig Protocol
Essiac Tea Protocol
No comments:
Post a Comment