Search This Blog

Friday, March 21, 2014

Nelayan tangkap ikan aneh di Miri

Seekor ikan aneh yang ditangkap di Tudan, Sarawak menimbulkan kehairanan tentang spesis sebenarnya.
Mempunyai mulut bertaring tajam dan badan tirus berduri, rata-rata nelayan mahu pun penduduk setempat tidak mampu mengecam apakah jenis sebenar ikan yang berukuran kira-kira sekaki panjang itu.
Justeru penduduk setempat menggelarkannya ikan todak buat masa ini kerana muncungnya yang tajam.
Ikan itu ditangkap oleh nelayan Sapar Mansor, 43, dari Taman Ceria, Permyjaya di Laut China Selatan dekat Tudan, Sarawak.
Menurut Sapar kepada Borneo Post, ini merupakan kali pertama dia melihat ikan seperti ini.
Ia ditangkap selepas dia dan rakan memudik bot selama 2 jam dari Sungai Miri ke laut.
Mereka mula memancing sekitar 5 pagi dan tangkapan aneh itu diperolehnya kira-kira setengah jam kemudian.
Isteri Sapar, Siti Kadariah, 35, mengering dan mengawet ikan berkenaan bagi memastikan ia dapat disimpan lama kerana keunikannya.
Sementara itu Pemangku Pengurus Besar Divisyen Perlindungan dan Pemuliharaan, Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), Oswald Braken Tisen berkata, pihaknya kini sedang mengenalpasti spesis sebenar ikan berkenaan. 
article-2488383-1939EFC400000578-219_634x476

No comments:

Post a Comment