Mengenal seseorang yang dirasakan dicintai dan mencintai kembali itu sesuatu yang akan terjadi pada manusia..aku juga pada dasarnya..
Cuma mungkin pada waktu yang salah..di tempat yang salah..dan terhadap orang yang salah...
minggu pertama, bulan seterusnya, dan bertahun-tahun akhirnya..kau tetap pergi jua..selepas semua yang sudah diucapkan, selepas segalanya sudah diberikan, setelah segala sesuatu yang tidak harus dilakukan itu tetap berlaku..
nafas ku naik turun..menahan pedih..tapi mungkin hanya aku yang rasa..
aku kaku menghadap majalah dihadapan ku..tapi mungkin hanya aku yang rasa..
tidur dengan titisan airmata, tapi tetap mungkin hanya aku yang tahu..
mungkin juga kerna aku tidak mahu kau tahu..tidak perlu kau tahu..tak usah kau tahu..
Esok pun berlalu pergi hingga tiba hari ini..yang semalam semakin menjauh meninggalkan aku hingga kesan nya,masih aku yang tercari-cari..aku tak mengerti sebahagian mengapa harus terjadi..
wang adalah segala sesuatu..??jika benar,mengapa tetap aku ada disini..??
kau berjalan tanpa menerangkan..kau berlalu tanpa menoleh ku..
Segala cinta, harapan, dan impian itu aku tanam sedalam-dalamnya..hingga aku sendiri keliru apakah aku ini manusia atau bukan..??
mengapa tiada rasa cinta tapi kenangan..??apakah itu berbeza atau sebenarnya bukan..??aku sendiri mengelirukan diri..
mungkin kerna aku tidak mahu kau tahu..tidak perlu kau tahu..dan tak usah kau tahu..
esok datang lagi..aku lihat ia datang hari ini..dan yang semalam..semakin hilang..bilakan berulang kembali,aku tidak mengingini..
mungkin juga sebenarnya kerna aku tidak mahu kau tahu..tak harus kau tahu..biar aku saja yang tahu..
No comments:
Post a Comment