Hantu Penanggalan atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah atau Balan-balan di Sabah, merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam
bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu
menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang
dengan tali perut terurai-urai. Darah
yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan
menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena. Hantu Penanggalan juga
disebut dalam Hikayat Abdullah, yang ditulis pada tahun 1845, yang menarik minat Sir Stamford Raffles untuk memuatkan gambar dan keterangan mengenainya dalam buku catatannya.[1]
Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka
bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk
kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka
dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara
terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.
Penangalan dipercayai suka darah perempuan
yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita
bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya
disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang),
diletakkan daun mengkuang yang berduri. Dipercayai penanggalan takut
hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya
tersangkut kepada duri tersebut.
Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu.
Hantu Penanggalan dikatakan dituntut oleh seseorang wanita bagi
membantunya mengekalkan kecantikannya, membunuh musuhnya, menjaga
tanaman / peliharaan daripada pencuri dan lain-lain. Kini, penanggalan
bukan sahaja dituntut ole wanita malahan lelaki juga tidak kurang
hebatnya.Daerah Kota Belud amat terkenal dengan balan-balan. Sebenarnya
penanggalan adalah sejenis penyakit keturunan, bagi pengamal-pengamal
ilmu ini mereka akan menjangkitkan keturunan mereka melalui makanan. Itu
kini ilmu ini disebut sebagai penyakit bagi zaman kini.Ada separuh
masyarakat mengatakan bahawa penanggalan datang dari orang yang menuntut
ilmu hitam,selalunya terdapat dikawasan pendalaman.
Rawatan paling biasa dalam kisah rakyat bagi melindungi dari serangan
Penanggal adalah dengan menyelerak daun mengkuang yang memiliki daun
berduri yang akan mencederakan atau memerangkap isi perut, jantung,
perut, paru-paru Penanggal yang terdedah ketika ia terbang mencari
mangsa. Daun berduri ini akan diikat pada tingkap rumah bagi memastikan
ia memerangkap isi perut Penanggalan. Ini biasanya dilakukan pada rumah
wanita yang baru bersalin. Bagaimanapun, kononnya cara ini tidak
membantu bayi sekiranya Penanggal masuk melalui papan lantai. Dalam
sesetengah keadaan, dikatakan beberapa bulan sebelum kelahiran, kaum
keluarga wanita hamil akan menanam nenas di bawah rumah (rumah tradisi
Melayu yang bertiang). Buah dan daun yang berduri akan menghalang hantu
penanggalan dari memasuki bawah rumah. Apabila terperangkap, Penanggalan
yang menyerang kemudian boleh dibunuh dengan parang. Sebagai
perlindungan tambahan, wanita mengandung akan meletakkan gunting atau
kacip pinang di bawah bantal, kerana Penanggalan dikatakan takut
benda-benda tajam ini.
Bidan yang menjadi Penanggalans pada waktu malam kelihatan sebagai
wanita biasa pada siang hari. Mereka bagaimanapun boleh dikenai sebagai
Penanggalan melalui tingkah laku mereka. Apabila berjumpa orang ramai,
mereka biasanya mengelak bertemu mata dan ketika bertugas sebagai bidan,
mereka boleh dilihat mengecap bibir mereka, seolah-olah memikirkan
makan darah wanita lahir apabila tiba waktu malam. Orang yang tahu di
mana hantu Penanggalan tinggal boleh menunggu pada waktu malam ketika
Penanggal terbang meninggalkan tubuhnya dan terbang keluar, ia boleh
dimusnahkan dengan menuang serpihan kaca dalam lubang tengkuknya, yang
akan mencederakan organ dalaman Penanggal apabila ia kembali bersambung
dengan tubuhnya; atau dengan membakar tubohnya, dengan itu menghalang
Penanggal dari kembali bercantum dengan tubohnya pada siang hari.
Satu lagi cara tidak membunuh adalah dengan membalikkan tubohnya,
dengan itu apabila kepala kembali bertaut dengan tubohnya ia bercantum
terbalik, dengan itu mendedahkan kepada semua orang apakah dia
sebenarnya.
Hantu penanggalan adalah seseorang yang menuntut ilmu hitam. Dengan
itu ilmu tersebut perlu diwariskan kepada seseorang penganti sebelum
tuannya mati sebagai saka.
Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, hantu
penanggalan akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan. Ia juga
gemar menghisap darah manusia yang akan atau mahu bersalin.
Penanggalan juga biasanya diwarisi dari ibu kepada anak secara turun-temurun.
Kadar kematian ketika bersalin akibat kehilangan darah (tumpah darah)
mungkin menyebabkan timbulnya kepercayaan ini sabagai menjelaskan
mengapa kadar kematian yang tinggi. Selain itu ia mungkin sebagai satu
cara menjadikan masyarakat merasakan mereka dapat mengawal sesuatu
kejadian. Kematian akibat tumpah darah tidak dapat dikawal. Tetapi jika
dijelaskan sebagai perbuatan hantu, masyarakat dapat berusaha untuk
menghindarkan gangguan hantu tersebut melalui jampi atau amalan seperti
meletakkan daun mengkuang pada tiang rumah.
Hantu Penanggal dikenali Manananggal atau wakwak dalam
masyarakat Filipina. Hantu ini menyerupai pontianak dalam budaya
masyarakat barat. Ia makhluk makan manusia dan ahli sihir yang jahat.
Mitos Manananggal popular di wilayah Visayas di Filipina, terutama di provinsi barat Capiz, Iloilo dan Antique.
Manananggal dikatakan takutkan bawang putih dan garam.[4].
Makhluk ini juga dikatakan mengelakkan diri dari pisau belati, cahaya,
cuka, rempah-ratus dan ekor ikan pari-pari yang dibuat sebagai cemeti[5]. Makhluk yang sama juga dikatakan boleh ditemui di Indonesia.
Berbeza dengan hantu Penanggalan di Malaysia, versi Filipina adalah
wanita yang lebih tua tetapi cantik dan mampu menanggalkan badan bukan
hanya kepala sahaja.
Ia juga dikenali sebagai Balan-balan di Sabah juga Manananggal, dalam kisah rakyat Filipina. Terdapat juga makhluk yang memiliki ciri yang serupa dikalangan orang Bali, Indonesia, di mana ia dikenali sebagai Leyak, di Thailand ia dipanggil Krasue, di Laos sebagai Kasu atau Phi-Kasu dan di Kemboja sebagai Ap.
No comments:
Post a Comment