Nama aku Casey.dilahirkan di Miri,Sarawak dibumi kenyalang tanah Malaysia..sudah genap 26tahun usia aku sekarang..tahun ini tahun 2014.
dari sejak aku masih kecil sampai lah sekarang, banyak perkara dah terjadi dalam hidup aku..tapi setiap perkara terpenting dalam hidup aku,aku tak pernah lupa..
Aku masih ingat..imbas kembali kira-kira 20tahun yang lalu..aku tak berasal dari keluarga yang kaya-raya.tapi keluarga aku mencukupi...dan cukup dalam segala sesuatu..Ayah aku kerja nya off-shore, mak ku seorang penjual sayur-sayuran..
Awal pagi,pukul 2-3pagi,hampir setiap hari..aku akan di bangunkan dari tidur,untuk ikut ayah dan mak turun ke pasar,membeli sayur-sayuran..untuk mak berjualan..maka aku akan masuk dalam kereta,dan sambung tidur..dan menjadi kebiasaan aku turun ke sekolah setiap hari menggunakan bas awam,dengan dihantar oleh mak ku..
Ayah ku pulak,akan kemas semua barangan penjualan mak di tamu..tempat semua para penjual sayuran,buah-buahan,kuih-muih dan ada jugak kedai-kedai runcit dan yang lain nya disekitar..ramai orang disana..almaklumlah..pasar kan..
Setiap hari jugak la,mak akan belikan aku sebungkus mee kolok untuk aku bersarapan pagi.kalau tak mee kolok,kuih mengkuang putih atau kuih pulut merah yang inti nya kacang (sampai sekarang aku tak tahu nama kuih-muih nih) tetap akan terhidang bila cukup jam untuk aku bangun dari tidur..
dan selalunya,aku tidur dalam tong bekas tempat mak menyimpan sayur-sayur jualan nya yang masih tertinggal dari hari sebelumnya..
RM1 duit yang menjadi bekal ku setiap hari.waktu itu,jumlah itu sudah sangat mencukupi.sudah sangat memenuhi keperluan aku disekolah.dan kadang-kadang,mak akan sediakan bekalan nasi untuk aku disekolah.tapi RM1 itu,tetap ada..
Ayah aku seorang lelaki yang aku kenali dengan perwatakkan yang sangat garang..tidak ringan tangan untuk menempek dengan maksud ingin mengajar..tapi aku tau,itu semua sebab ayah sayang aku..aku masih ingat,ayah spot-check beg sekolah aku suatu hari selepas aku balik sekolah..kebetulan ada sebiji battery 3A yang aku jumpa disekolah,aku letak kan dalam bekas pensel..pensel yang aku ada pun berkurangan kerana dipakai dipinjam dan dicuri yang lain nya..kerana aku selalu dibuli dikelas..aku selalu menjadi bahan ketawa kawan-kawan yang lain nya dikelas..
Dipendekkan cerita,bila ayak ku jumpa battery 3A tu dalam bekas pensel aku,dengan mudah nya temper ayah menaik dan aku dicubit sampai kaki ku kebiru-biruan..masih dapat ku bayangkan rasa perihnya..kemarahan ayah membuatkan aku menjadi takut padanya..
Mak pula aku kenal sebagai seorang wanita yang sangat kuat,tabah dan cekal..walaupun dia juga bagi ku tergolong dalam lingkungan orang yang cepat marah..tapi aku sedar,kemarahan orang tua aku ni semuanya ada tujuan nya..mungkin nampak tidak rasional,tapi itu cara mereka mengajar anak..
Tidak pernah putus kata-kata mengharapkan aku belajar sungguh-sungguh..kata-kata menginginkan aku menjadi anak yang baik..kata-kata yang sentiasa menyuruh aku berusaha sendiri,berdikari dan sebagainya..sebelum aku turun ke sekolah..bila aku pulang sekolah,mak akan sudah sedia menanti diluar gate sekolah..dengan bakul bekalan nya yang selalu dibawanya setiap hari..tak putus-putus jugak mak selalu betanya bagaimana keadaan ku disekolah,apa yang aku pelajari hari itu,adakah kerja rumah yang harus disiapkan,dan apa saja yang aku buat disekolah..aku masih ingat...sambil bercerita,kami berdua berjalan kaki menuju ke bas stop untuk menunggu bas,pulang ke rumah..yang jarak nya kira-kira 20km dari sekolah..kalau tiada ayah didarat, (sebab ayah bekerja off-shore),bas la pengangkutan aku dan mak..
Semakin aku meningkat remaja..aku bergaul dengan banyak ragam manusia..baik disekolah..hingga aku mula ke kolej...dan akhirnya hingga aku mengambil kepututsan untuk mula bekerja..aku menjadi seorang remaja yang bergaul bebas dengan ramai orang..aku mula belajar merokok..aku mula minum minuman keras..aku mula keluar malam untuk ke club-club..aku mengambil ubat-ubat yang terlarang..dan semua itu aku sembunyikan dari kedua orang tua aku..malahan terhadap seluruh ahli keluarga ku..tiada seorang pun yang tahu,apa aku buat bersama kawan-kawan bila kami keluar bersosial..
cuma syukurlah..aku tidak pernah sesekali terlibat dengan aktiviti SEKS bebas.walau apa cara sekalipun,aku tidak pernah dan tidak terlibat dalam perkara itu..ada juga yang terlintas difikiran,dan terdetik dalam hati,aku tidak mahu terlalu melampau terhadap diri sendiri..
Dibesarkan dengan sifat kasar,dan sering melakukan pekerjaan lelaki..dan sentiasa berhadapan dengan mak dan ayah yang mahu aku kuat menghadapi hidup,sifat aku semakin menebal dengan sikap kelelakian.Atau dimudahkan kata, jika dilihat orang,orang akan menganggap aku adalah seorang remaja lelaki,berbanding seorang remaja perempuan..ditambahkan lagi dengan minat aku dalam bidang sukan,aku suka aktiviti-aktiviti lasak..dan aku banyak bergaul dengan kawan-kawan lelaki berbanding dengan kawan-kawan perempuan..sedikit sebanyak mempengaruhi aku dari mental,emosi dan fizikal..
Singkat cerita..dah bertahun-tahun berlalu..usia aku semakin meningkat..mak dan ayah pun semakin tua..meskipun ayah masih bekerja...tapi aku lihat dari rambut nya yang sudah memutih keseluruhan,aku tau.ayah sudah semakin tua...mak pula,sekarang dirumah tinggal bersama kakak ku yang sulong dan keluarganya..beserta dengan cucu-cucunya yang ada menemani dia disana..aku??aku sekarang di Brunei..bekerja di negeri orang..jauh dari mak dan ayah..bila aku imbas balik semua yang aku dah buat..imbas balik semua yang pernah mak dan ayah aku buat untuk aku,aku tau..aku tak kan pernah mampu untuk membalas semuanya..tapi Tuhan boleh..Tuhan tau,aku sayang mak dan ayah aku...
Ayah sekarang di Russia....mak sedang sakit di rumah...mak di sahkan menghidap kanser...kemungkinan kanser hati...TAHAP 4...aku pula sekarang menghadap pc di negeri orang...dan petang ini aku akan balik ke Miri..menjenguk mak ku di sana..biar untuk sementara,untuk aku mengubati rasa rindu di hati untuk mak..dan keluarga ku yang tercinta..
Ayah..aku sayang kau...maaf kan aku atas semua kesalahan yang aku pernah buat terhadap ayah...
Mak..aku sayang kau...maaf kan segala dosa dan silap yang ku dah lakukan dengan mengecewakan hati mu...
Mak,tolong jangan patah semangat...tolong jangan merasa lemah...aku mau kau ada bersama ku sentiasa saat aku berjaya nanti...aku mau kau ada disisi ku Mak...Ayah...
Tuhan..panjang kan usia kedua orang tua ku...buat aku berjaya dalam hidup, dan aku ingan orang tua ku bahagia...biar pun hingga saat terakhir kami bersama.....
amin...
No comments:
Post a Comment